Elegant Rose - Working In Background

SEKOLAH AMANAH MALAYSIA

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Bukit Anak Dara (BADATS)

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara

>> Saturday, May 8, 2010

1.1 PENUBUHAN SEKOLAH

Penubuhan sekolah ini telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bukit Anak Dara yang dipengerusikan oleh Y.M. Haji Che Ku Long Bin Awang.

Sekolah ini dibina untuk kemudahan penduduk Kg.Bukit Anak Dara yang terpaksa menghantar anak-anak mereka sejauh 6 kilometer di pekan Kijal,Kemaman.

Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara mula dibina pada tahun 2001 oleh Syarikat Nyior Manis Sdn.Bhd yang telah mengambil masa dua setengah tahun untuk menyiapkannya, kemudian diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada tahun 2003.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pertama pada 04.01.2004 dengan seramai 10 orang guru dan seorang kakitangan serta 83 orang murid. Sebanyak lima kelas dibuka untuk murid tahun satu hingga tahun lima. Kumpulan pertama menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah pada tahun 2005 seramai 18 orang murid.

1.2 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara, 24100 Kijal, Kemaman adalah sekolah rendah Gred B yang terletak di luar bandar. Sekolah satu sesi ini mempunyai 136 murid. Mereka tinggal berhampiran dengan sekolah dan jarak yang paling jauh adalah dalam lingkungan 4 kilometer.

1.3 DEMOGRASI PENDUDUK

Lokasi kawasan ini adalah lebih kurang 4 kilometer dari pinggir Laut China Selatan. Keadaan tanah yang berbukit-bukau sederhana tinggi, mempunyai dataran yang rata dan tanah berpaya.

Kedudukan penempatannya 20 kilometer dari bandar Chukai dan terletak di kilometer 173 Jalan Kuala Terengganu-Kemaman. Bilangan penduduk lebih kurang 250 orang yang berbangsa Melayu dan telah mendiami kawasan ini semenjak tahun 1972. Purata isi rumah setiap keluarga ialah 7 orang. Kawasan penempatan ini merupakan kawasan pertanian tanaman buah-buahan, koko dan kelapa. Selain daripada itu sebahagian besar kawasan ini adalah estet getah yang diusahakan oleh pihak RISDA.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP